KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan meningkatkan 'perisai' diri bagi mengelakkan menjadi mangsa jenayah penipuan dalam talian atau 'scam' yang menjadi semakin berleluasa khususnya apabila transaksi kewangan beralih secara dalam talian.
Pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) Vijayadurai Singgatore berkata orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa peka dengan amaran dan tip pencegahan terkini yang dikeluarkan BNM di Facebook rasminya mengenai modus operandi scammer.
"Sebagai pengguna kewangan kita perisaikan diri kita, kawal diri kita dengan tidak klik pada macam-macam link dan jangan layan panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali dan putuskan sahaja talian tersebut sebab lagi lama kita berbual lagi tinggi peluang menjadi mangsa.
"Jangan mudah terpedaya dengan tawaran yang tidak masuk akal atau panggilan yang mendakwa mereka adalah pihak berkuasa dan sebagainya... sekiranya perisai kita kuat, kita tidak akan mudah ditembusi dan terjerat dengan scammer," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara: Bicara MCMC bertajuk 'Membanteras Penipuan Kewangan Tanggungjawab Bersama' terbitan Bernama TV, malam tadi.
Vijayadurai berkata BNM sentiasa mengambil serius terhadap kegiatan scam dan pihaknya peka dengan perkembangan semasa modus operandi scammer dan sehubungan itu aspek pencegahan, kerjasama dan kesedaran awam diberi tumpuan oleh BNM.
"Dalam aspek pencegahan, tahun lepas BNM telah mengarahkan pihak bank menjalankan lima langkah tindak balas antaranya percepatkan peralihan daripada penggunaan Kata Laluan Sekali Guna (OTP) melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kaedah pengesahan yang lebih kukuh untuk melindungi pengguna.
"Selain itu mengehadkan bilangan peranti berdaftar yang boleh digunakan untuk transaksi perbankan. BNM memang mengambil serius isu ini, kerana itu semua langkah yang diambil adalah selaras dengan tiga aspek ini iaitu pencegahan, kerjasama dan kesedaran," katanya.
Sementara itu, Pegawai Kanan Pembangunan Kapasiti, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Natasya Nadzmi yang menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk 'Kemudaratan Dalam Talian: Pornografi' berkata cabaran pornografi hari ini semakin besar apabila teknologi semakin berkembang.
Katanya keadaan semakin serius apabila tiadanya peraturan terhadap kaedah penyebarannya yang kini telah beralih kepada messaging apps termasuk Telegram.
"Kalau di Google kita tahu memang kita tidak dapat akses pornografi dan begitu juga di Instagram atau TikTok yang akan menurunkan kandungan yang tidak menepati peraturan mereka tetapi WhatsApp, Telegram dan sebagainya tiada siapa yang boleh kawal kerana tiada regulasi," katanya.
Beliau berkata berdasarkan kajian, sebanyak 75 peratus daripada remaja di negara ini dikesan pernah menonton video atau melihat gambar pornografi dan perkara ini harus dibendung dengan memperkenalkan pendidikan seksualiti komprehensif (CSE) di sekolah dan di rumah.
"Kita memang kena mulakan CSE di sekolah dan rumah, mungkin ada ibu bapa yang tidak boleh cerita dengan anak jadi kita buat di sekolah... bila bercakap tentang CSE ini, kita bukan bercakap tentang bagaimana untuk adakan hubungan seksual tetapi kita sentuh tentang apa kesannya, apa kepentingan perlindungan, apa penyakit yang ada dan sebagainya.
"Badan bukan kerajaan, pihak kerajaan boleh bekerjasama dan saya rasa apa yang telah dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia termasuk Polis Diraja Malaysia sudah bagus tetapi kalau boleh kita mahu langkah pencegahan terus diperhebat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
Orang ramai dinasihatkan meningkatkan 'perisai' diri bagi mengelakkan menjadi mangsa jenayah penipuan dalam talian atau 'scam' yang menjadi semakin berleluasa khususnya apabila transaksi kewangan beralih secara dalam talian. - Gambar hiasan
AirTag generasi baharu dijangka diperkenal tahun depan, dengan cip dikemas kini
Apple kini dalam fasa pembangunan AirTag generasi baharu, dan menyasarkan untuk melancarkannya sekitar pertengahan tahun 2025 kelak.
Siri kelak boleh rumus notifikasi pada iPhone - dengan sokongan integrasi AI
Siri juga kelak boleh meringkaskan sesuatu berita, melakukan transkrip untuk memo suara, serta penambahbaikan pada gambar yang dirakam.
Lawatan Tiga Negara: Berjaya jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bln - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion, ia bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Radang Paru-Paru: Raja Salman jalani rawatan di Jeddah
Raja Salman akan menjalani program rawatan untuk radang paru-paru di Istana Al Salam di Jeddah, pada Ahad.
PAS kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
PAS mengutuk keras insiden ugutan bunuh melalui surat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, pada Sabtu.
THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera & Stacy kekal beraksi
Masih kekal ditangga tiga teratas, minggu ini Aepul Roza berjaya merampas kedudukan Ayda Jebat sebagai juara mingguan selepas mendapat markah 90.40 dan berjaya membawa pulang Anugerah The Hardest of The Night serta wang tunai RM2,000.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Dua orang terbunuh dan lima lagi hilang selepas sebuah bot bermotor kecil bertembung dengan sebuah kapal persiaran di Sungai Danube di utara Budapest lewat Sabtu.
Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Lapan pasangan kembar belajar sekolah sama
Persamaan dimiliki kembar tersebut sering kali mengelirukan guru-guru dan kadangkala mereka tersilap menghukum salah seorang pasangan kembar.
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Pertingkat 'perisai' diri, elak jadi mangsa scammer - BNM
Orang ramai dinasihatkan meningkatkan 'perisai' diri bagi mengelakkan menjadi mangsa jenayah penipuan dalam talian atau 'scam' yang menjadi semakin berleluasa.